Thursday, November 5, 2009

Lambaian Haji..

Salam~

Pertama sekali bersyukur sangat sebab 2 paper dah selesai untuk final exam sem akhir nih..walaupun agak berdebar2 + cuaks, tapi semuanya berjalan lancar dan tenang..Alhamdulillah..hari Sabtu ni ada paper MUET n minggu depan ada lagi dua paper yang agak killer bagi kitorang Science 1 dan Science II.

Selepas je paper English semalam , ibu call dari rumah katanya dapat menunaikan haji dalam masa yang terdekat ni, 9hb November..tak dinafikan lah memang sedih sangat sebab terkejut. walaupun sebelum ni memang ibu n abah tengah standby nak pergi haji tapi x sangka lak secepat ini. huhu.Tuhan je lah yang tahu perasaan ni dengan exam yang tak abis laginya.

Then pas exam tadi kul 10 pagi, aku rush balik ke Ipoh..thanks lah kat kwn2 yang nk temanku sampai ke jetty walaupun hakikatnya sampai ke Perangin Mall je..^_^ terasa cam banyak je tanggungjawab kat bahu ni..tapi xpelah belajar untuk hidup berdikari dengan adik2..hopefully adik2ku ni x lah banyak songeh sepanjang ibu n abah pergi haji nih..sehingga sekarang ni Ali n Aiyshah xtaw pasal nih sebab diorang tengah exam kat sekolah..Tpi tarikh sebenar-benarnya x kompem lagi..so mungkin ada perubahan..Aku harap2 before ibu n abh pergi haji at least diorang dapat lah jumpa walaupun sekejap.huhu.

Tpi camna2 pun, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ibu n abah . Semoga selamat pergi dan balik n yang paling penting dapat menunaikan rukun islam kelima ni dengan sempurna.InsyaAllah.

Monday, November 2, 2009

Birthday~


Saban minggu berlalu ,terasa macam sangat cepat..huhu..macam-macam benda yang berlaku terutama yang melibatkan hati,emosi dan perasaan..hati n perasaan sahabat2 yang dah dianggap macam adik-beradik nih susah lak nak describe....adoii..susah kan bila melibatkan ego n macam2 lagi la..bila pikir2 balik sebab tu la Allah bagi kita semua nikmat perasaan.Supaya kita kawal secara baik n bersabar. Cuma bayangkan kalau orang tu xde perasaan langsung..huhu..mesti hidup rasa cam worthless jer kan..hihi..tapi harini semua nya dah selesai secara baik..different people have different thoughts and thinking.sebenarnya, benda2 ni semua x de kena mengena dengan diriku pun, cuma jadi advicer je but kena fikir bagi pihak orang lain. Tapi akibatnya, birthday surprise yang dirancang macam useless je disebabkan perkara2 tertentu yang x dapat dielakkan. Sedih gak la sebab masalah2 tu membuatkan hatiku tawar untuk meneruskannya..Tapi x pe la semuanya dah selesai secara baik..

Back to the main topic, next week exam start..4 hari..Aku pun x faham ada lagi lecturer yang nak wat kelas n so on termasuklah hari ni..huhu..semalam kelas dari 8.00 pagi sampai ke malam. Yang x tahannya kelas mlm tu dari 8.00 sampai 10.00 mlm..tu ok lagi..harini lak, Jumaat kelas bi yang sama kul 3.00ptg - 5.00ptg pastu esok, hari sabtu lak kul 10 sampai 12.00 tghari..gaya macam kitorang ni budak TESL jer..dak tesl pun x seteruk nih..tapi camne2 pun, kena ikhlaskan diri gak sebab kot2 la pe yang dia bagi tu masuk exam ke..mana la tahu..huhu

Harini lak..birthday roomateku, Noornadia Idayu.. Esok lak birthday sahabat baikku Falikhah Masrurah..Semoga korang berdua sentiasa diberkati dan mendapat keredhaan-Nya.

Saturday, October 24, 2009

Entri hari ini..

Salam~

Dah lama x update blog ni gara2 kesibukan yang x dapat dielakkan. Broadband pula macam biasalah selalu tenat.So, kalau nak online kena gi blik tv ( sebelah bilik je). tak taw la kenapa kalau on9 kat bilik tu ok je.huhu.manje gler b.band ak ni.Huhu..

Baru2 ni kitorang buat jamuan kelas sebab semester ni ialah sem terakhir untuk foundation. Next year dah nak masuk PISMP, so mungkin ini jamuan terakhir bagi kami dengan tutor sekarang ni. Yang bestnya, kitorang masak sendiri semua juadah hari tu.Mujur x kantoi dengan warden asrama sebab sepenuhnya kami masak kat dalam bilik guna ricecooker.hehe. Walaupun banyak gak halangan kami sebelum nak wat jamuan ni termasuklah kekangan masa dll. tapi syukur sangat sebab semua tu dapat diselesaikan dengan baik. Tq kepada kawan2 yang byk. bagi kerjasama bermula daripada persiapan makanan n sampai habis.

Harini lak, ada K.O.T @ kejohanan Olahraga Tahunan buat kat USM. Sangat penat. Masuk Senam Seni ala2 tarian gitu sebagai persembahan perasmian. Praktis lak sehari sebelum nak buat persembahan.huhu.

4, 5, 9, 12 hb Nov ni exam final semester.huhu.Wish me luck. Muet writing n reading lak 7 hb..=)


Friday, October 16, 2009

Kisah Ummu Sulaim @ Rumaysa



Ummu Sulaim
Nama sebenar: Ghumaisa’ Bintu Milhan
Ibu kepada Anas Bin Malik (r.a)
Berumur 40 tahun ketika Islam mula menyinari bumi
Memeluk Islam ketika dakwah Mus’ab Bin Umair di Madinah
Berkahwin dengan Abu Talhah selepas kematian suaminya yang pertama

Yang Menjadikannya Istimewa:

Selepas keislamannya, suaminya Malik Bin Nadhr memujuknya supaya kembali kepada agama asal namun beliau tetap dengan pendiriannya dan akhirnya suaminya meninggalkannya dan menuju ke Syam, dan tidak lama selepas itu suaminya mati dalam kesyirikan.

Selepas kematian suaminya itu, Abu Talhah yang ketika itu belum memeluk Islam datang membawa emas dan perak untuk meminangnya. Lantas beliau berkata, “Aku tidak berhajat kepada dua benda ini, akan tetapi maharku adalah Islam, sekiranya engkau terima maka aku tidak berhajat kepada perkara yang lain”.

Abu Talhah kemudian keluar dan kembali sebagai seorang Muslim, maka beliau pun mengahwininya. Berkata seorang wanita Ansar, “Tidak pernah kami mendengar hingga kini seorang yang lebih mulia maharnya dari Ummu Sulaim yamg mana maharnya adalah Islam”.

Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau di kurniakan seorang anak bernama Abu Umair. Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya. Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”.

Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, dia bertanyakan khabar anaknya itu. Ummu Sulaim dengan tenang menjawab, “Anak kita berada dalam keadaan aman”. Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim, “Wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?” Jawabnya: “Tidak”. Kemudian Ummu Sulaim berkata, “Sesungguhnnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”. Pilu hati Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan takdir Allah.

Subuhnya, Abu Talhah pergi menemui Rasulullah (saw) dan menceritakan peristiwa yang berlaku itu. Kemudian Rasulullah (saw) berdoa semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. Tidak lama selepas itu, Ummu Sulaim telah dikurniakan 10 orang anak yang mana kesemuanya dikalangan ulama yang terpilih.

Lihatlah betapa tabahnya hati seorang ibu dalam menghadapi detik-detik kematian anaknya dan betapa bijaknya dalam menyampaikan khabar duka itu dengan menggunakan uslub yang menarik. Begitu juga dengan kekentalan imannya sehingga sanggup berpisah dengan suami yang dicintainya dan menukarkan emas dan perak dengan Islam sebagai maharnya. Semoga kita dapat mencontohi pekerti Ummu Sulaim yang mulia ini, dan moga Allah mengurniakan kepada kita semua ketabahan iman dalam menempuhi liku-liku hidup ini. Allahumma Ameen.
sumber : Click here

Monday, October 12, 2009

~coSmo World~times square

sempat lagi pose...

ermm....still ok =)

~peace~


hoho..

muka cuak Amin..haha..ni gelak ke pe nih..=p

ni lagi cuak..huhu

ni pe hal lak Ecah??cuak 3x..

Ali: "huhu..gua sangat takutttt maa....."=p

Awasss!! anda sedang diperhatikan!hihi..snapshot ibu n abah..

~haha~inilah jadinya..



Saturday, October 10, 2009

~UTP n Bukit Merah excursion~

~Science PPISMP~

Proficiency test dah selesai . Sekarang kena sedia untuk MUET lak..huhu..22 0ktober ni..Sebelum tu nak ucap sekali lagi Selamat ulangtahun kelahiran buat Abah pada 7 Oktober yang lalu..semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki..=) Hepi Belated Birthday juga untuk Amin's Peep~ 6 Oktober sehari sebelum birthday Abah..sampaikan bagi pihak ita ek! hehe..baru2 ni kitorang de excursion ke UTP n Bukit Merah Laketown Resort @ Kajian Orang Utan..hehe..gi UTP tu sebab nak lawat Lab Organic Chemistry~



with Aiman n K.Arni


Daim, Hakim ,K.arni n Zatie









Wednesday, October 7, 2009

Oral test ~

Now, is 8.24 a.m..staying in my room with my roommate making excuses for not going to assembly..hoho..playing truant for the first time..hihi..n hopefully we'll not kantoi..After this we'll have the last oral test which is individual speaking at 11.00 a.m..n i dont have any mood to practice at this moment..tawakkal je lah~yesterday, we've done the group mini debate..me, Syahmil, Meor and Kumar..n I am the ONLY girl in the group but alhamdulillah all of them r my classmate too.. I guess it was not a big problem for us b'coz we r always together after all..me n Kumar were at the government side while Syahmil n Meor are the opponents.

p/s : all da best 4 the becoming individual oral test