January 14, 2012

Falsafah Cinta

Pakar mata yang baru saja pulang dari menunaikan umrah tapi kelihatan energetik sekali ini, menghuraikan kira-kira begini:

“Kualiti Hidup bersamaan dengan Kualiti Emosi. Kualiti Emosi pula bersamaan dengan Fokus. Cinta tentulah berkaitan dengan Emosi. Maka Kualiti Cinta itu mestilah bertimbal-balik pula dengan Fokus kita. Jika silap Fokus, cinta akan membawa bencana. Jika betul fokusnya, cinta membawa bahagia. Dalam bercinta, mesti tentukan Fokus kita. Apakah mahu mencari redha Allah? atau hanya mahu mendapat pujian-pujian (penghargaan) daripada manusia?”

Sambil menjeling sekilas dan muncung ke arah Doktor Azmi (suaminya) yang melayani tetamu yang masih berbaki, pakar mata ini sempat berseloroh. “Itulah boyfriend saya yang pertama dan terakhir. Cinta pandang pertama. Sekali lihat, luruh jantung saya dibuatnya!”

Wow, masih semarak Merah Cinta sang profesor!

Saya menunggu lagi. Tidak menghampakan. Profesor Muhaya menambah.

“Saya melahirkan anak sulung ketika di tahun akhir. Mentelaah pelajaran, kadang-kadang ketika anak dalam pangkuan. Bergilir bahu mendodoinya. Buku di sebelah kanan, anak di sebelah kiri! Menguruskan pelajaran, tidak mudah bagi siswa yang berkahwin. Syukur, saya tidak hilang Fokus. Saya yakin, cinta saya hidup di atas landasan yang betul dan di redhai-Nya. Saya berjaya dan bahagia kerana cinta yang saya berikan kepada suami, anak, pelajaran, dan agama FOKUS kepada-Nya jua!”

sumber di sini

Inilah falsafah cinta seorang profesor!

p/s : Falsafah cinta seorang guru camna pulak ea? :)

Followers